Monday, June 1, 2015

Kuala Lumpur Big Kitchen Festival 2015

Jalan-jalan hujung minggu (walaupun kena kerja ari sabtu) so time rehat g jejalan dekat Kuala Lumpur Big Kitchen di Dataran Merdeka. Memang happening kat sini, walau pun padang sedikit basah akibat hujan malam sebelumnya tapi pengunjung tetap ramai. 



Sebenarnya plan hari sabtu nak p food mega festival dekat shah alam tapi memandangkan kena kerja hari sabtu so kita p event yg dekat2 dengan tempat mencari rezki yo lah..

Kami p big kitchen ni lebey kurang pukul 12 tgh ari, then parking keta dekat dataran underground (lokasi belakang dataran merdeka ) rm6/entry (xtau ler kalau harga ni sokmo atau just time event)

Big Kitchen Festival ni memang best untuk pengemar makanan di malysia, dari makanan pasar malam, manisan moden , manisan tradisional , makanan kenegerian hingga ke masakan chef2 selebriti semua ada.

Sesampai jer kat event ni terus masuk khemah Manisan,nak tau kenapa masuk tempat manisan dulu ? sebabnya kan tengah hari panas, nampak orang dok kuar khemah 2 bawa ais krim, haih mana tahan beb.. terus r masuk cari aiskrim walaupun hakikatnya beli benda lain..hehhe.. 

Depan Khemah Manisan

Beli Bengka ubi 
(bengkang Ubi orang kedah panggil)

Minum Susu Segar Berperisa Soberi
(Botol Susu kat tangan Hannie so sila zoom ye)


Lepas jejalan kat bahagian manisan , g singgah bahagian manisan tradisional malaysia. Ada peknga Pisang (lempeng pisang) , beraneka bubur , ais kacang, cendol, wajik dan banyak lagi, nak sebut pundah tak ingat. Pas 2 p kata gerai2 makanan yang selalu ada kat pasar malam . Ada satay, kepak ayam madu, mee udang, nasi kukus ayam apa lagi r?? banyak r tapi xbeli apa2 kat sini sebab kat sebelah sana ada khemah jualan makanan negeri seluruh malaysia dari perlis sampai ke sabah..

Memula g kedai KEDAH negeri ku indah permai yang penduduk nya ramah dan mesra..hehehe..
Depa jual Laksa kedah, rasa not bad tapi aku rasa kalau depa jual nasi daging atau laksa kuah lemah lebey menarik sebab susah nak dapat 2 jenis makanan kedah ni kat KL. Apa pun hope next time depa leh tukaq menu yang lebey menarik. 

Sebelah gerai kedah, gerai Pulau Pinang. Menu biasa adalah laksa penang tapi menu yang jarang dapat kt KL adalah nasi lamuni n roti benggali cicah sup kambing. Kami jejalan sampai kat gerai Sarawak , kat sini memang wajib benti n beli sebab ada mee kolok n laksa sarawak. Dua menu yang susah jumpa yang enak kat semenanjung (kalau korang ada kedai yang jual menu ni kt KL yang enak, kongsi k). Lain2 gerai perlis,pahang (masa kami sampai xbukak lagi), terengganu (sata, kepok leko,nasi dagang) , melaka (baba nyonya food) , sabah (umai n nasi kuning berlauk) ,perak (rendang tok, pulut ) , Johor (beriani kambing) dan lain2 negeri.

Okay jom layan gambaq kat bawah.. semoga jumpa lagi next post... insyaallah..daaa


Nyonya Curry Laksa


Beli Laksa 

Lepak makan-makan


Nasi Lamuni
(Pulau Pinang)

Nasi Lamuni n Roti Benggali dengan Sup Kambing


Antara gerai yang menjual makanan negeri masing-masing 


Apa lagi pulun makan laksa kedah

Persembahan muzik lagu-lagu rakyat
 
Mee Kolok sigek.. Nyaman gila


Laksa Sarawak






0 comments :