Sunday, June 5, 2016

Jejalan Brunei

Assalamualaikum . . Salam Kenal .. Hai...


Mai sini baca sikit cacatan perjalan yang tak di rancang semperna lawatan merawat kekusutan Hannie di Brunei.. Oh ye sekarang cik Hannie kerja kat Brunei, hampir setahun dah dia kat sana.. So sebabkan beliau dah dok sana juga lah blog ni sepi dan sendiri tak di update..huhuhu

Okay let continue cerita p Brunei last May..Ni kira frst time aku p Brunei lepas Hannie kena tranfer kt sana.. Tak rancang sangat  pun perjalan ni sebab ingat nak p tahun depan tapi memandangkan Hannie menghadapi tekanan kerja dan dikhuatiri " putus harapan untuk hidup" so aku pun berangkat ke sana.hahaha

Beli tiket AirAsia seminggu sebelum p sana, so tiket return tiket sedikit mahal RM415. Tiket hari sabtu (30 April) pukul 12.30 tengah hari. So dari rumah gerak ke Putrajaya sentral sebab nak parking keta kat Putrajaya Sentral then naik ERL ke KLIA 2.  Ok masa ni harga parking kat sini dah naik dan harga ERL pun turut meninggi..Sebagai rakyat biasa amatlah terasa kenaikkan harga ni

Lepas lebih kurang 2 jam 30 minit perjalan dari KLIA2 ke Brunei Airport, aku pun selamat menjejak kaki buat pertama kali ke Brunei Airport..  Memula rasa cam balik Loqstaq sebab design airport dia lebih kurang airport loqstaq. Sesampai tunggu Hannie mai amik, dia drive keta manual bro.. Kat Malaysia beliau hanya memandu keta Auto kat sini beliau telah berjaya memandu Keta manual, so impress with u Bro..hahahhaha

Tempat tujuan pertama di Brunei adalah mencari ambuyat. Hannie bawa makan dekat Restoran Aminah Arif .Ambuyat dia memang terbaik, tak dapat kat lain. harga makanan memamg murah tolong jangan convert ke MYR. Lepas makan ambuyat singgah kedai roti  Bake Culture then balik umah sewa Hannie.

Malam first kat sana Hannie bawa jejalan Bandar Seri Begawan ,g masjid Sultan , jejalan kat sekitar pusat bandar.. Kat sini jalan sangat aman , xda traffic  jam. Lepas pusing-pusing lebih kurang kami singgah dinner kat Excapade Japanase Restaurant  . Makanan sedap plus harga cantik sekali lagi tolong jangan convert ke MYR.  Lepas makan terus balik rumah sebab esok nak p jejalan plak so kena tidoq awai ye adik-adik malam ni. 



Menunggu Kapal Terbang Ditemani Buku 
"Jatuh Cinta Adalah Cara Terbaik Untuk Bunuh Diri"


Gambar Atas : Hannie, ShinChan & Seha (housemate Hannie)
Gambar Bawah : Kat Depan Bake Culture



Ambuyat kat Restoran Aminah Arif


Nampak tak tetamu memandu



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin

Dinner @Excapade 



Hari ke dua aku xnak tulis bebanyak , meh layan gambaq kat bawah.



 
Breakfast @paddington house of pancakes. Harga : BND 5 per set 



Hari ni ada Driver so No need to Drive




Tamu Kianggeh

Lokasi : Muzium Teknologi Melayu,Kota Batu .

Muzium ni pada aku menarik sebab boleh tau pasal sejarah perkembangan masyarakat melayu Brunei, jenis-jenis perkampungan yang terdapat kat sini, kehidupan masyarakat awal kat sini dan macam-macam jenis alatan yang agak menarik. Memandangkan kita serumpun jadi terdapat barang-barang dan istilah yang digunakan lebih kurang dengan kita kat malaysia.


Ni Kira Pembuktian Kehadiran kat Sini



Hannie menyibuk kacau atok ni buat bakul


Aku sesaja teman Bro ni buat kerja


Akak berbaju merah sedang menenun kain sambil di perhatikan Hannie



Aku cuba menenangkan Bro kat Kampung Air



Lokasi : Muzium Maritim , Kota Batu.

Muzium ni menempatkan sejarah peraiaran(pelabuhan), khazanah (artifak) yang dijumpai di perairan Brunei, jenis-jenis kapal , sejarah perdagangan laut dan macam - macam alatan berkaitan maritim. Tak banyak gambaq kat muzium ni sebab tak boleh bawa camera & handphone masuk dalam ruang pameran so ada gambaq luaran sahaja.



Ni gambar depan Muzium. Macam Gumbiranya Hannie kt sini..hahahaha 



Cantik kan replika ni


Daftar nama kat Kaunter masuk Muzium


Camera & Handphone boleh guna sampai sini jer


Lokasi : Oil and Gas Discovery Centre, Seria

Oil & Gas Discovery Centre (OGDC) kat seria, perjalan dari Bandar Seri Begawan lebih kurang 1 jam 15 minit. Masa kami mai sini pihak OGDCtengah buat renovation so tak banyak axtiviti yang boleh buat, Tempat ni kira macam Petrosains kat Malaysia, pameran & axtiviti berkaitan dengan Gas, Minyak & teknologi .



Misi gambaq ni nak bagi nampak OGDC logo kat belakang



Jumpa budak-budak ni kat sini



Abaikan model kat blakang 


Cantik model lego kapal angkasa 


Lokasi: One Billionth Barrel Monument, Seria.

One Billionth Barrel Monument dibina pada tahun 1991 sebagai memperingati jumlah satu billion tong minyak yang telah dihasilkan di Seria Oil Field , Seria. Kat sini boleh tengok paip minyak disalurkan dari tempat Pam minyak (dikawasan padang rumput berhampiran pantai) sampai ke tempat simpanan.. Kiranya paip minyak ni diorang lay je sepanjang padang rumput, pemandangan yang baru untuk aku n hannie.


Model : Hannie
One Billionth Barrel Monument


Let Enjoy the Ice Cream 


Ni laluan ke One Billionth BarrelMonument


Pam minyak atas Darat. 
Kagum jap


Atas Monument tepi pantai
Tudung membuktikan angin pantai yang kuat




Lokasi : The Empire Hotel & Country Club, Kg jerudong.

Hotel mewah katanya paling mahal di Asia Tenggara. Singgah je k kat sini bukan check in. Sila visit website click here for more info.



Okay selesai hari kedua kat Brunei. Jom Balik Rehat.
Tempat lawatan semua percuma. So cost untuk hari ni hanya makan-makan.




0 comments :