Tuesday, December 19, 2017

Kuala Lumpur Ke Selatan Thailand..Part 5 (Hat Yai - Satun)

Day 5 (29th Nov 2017)

12.00 check out.

Gerak cari Salma Restaurant. Restaurant ni betul-betul dekat town Hat Yai, kitorang dah jumpa restaurant ni tapi parking x kosong. Ok kat tepi jalan ada petak parking tp bukan setiap hari boleh parking. Dekat area kedai salma ni, xleh park on even day from 7 am to 7 pm . Kebetulan time hari ni Rabu (even day = Isnin,Rabu,Jumaat (correct me if I’m wrong)); makanya kami park dalam mall near by Salma Restaurant. Masuk parking macam nak masuk check in kat airport. Memula first check point , guard mintak IC Malaysia, 2nd check point guard suruh buka bonet kereta, bila dah park nak masuk mall plak ada pemeriksaan bag kat pintu masuk mall. Then baru leh masuk mall. Park kat mall FOC.

Salma restaurant x jauh dari Mall (Lee Garden Plaza), sebelum sampai Salma Restaurant jumpa Hamid Restaurant. Ramai orang kat Salma so kami makan kat Hamid Restaurant.

Green Curry + Tomyam Seafood

Selesai Lunch, kami teruskan plan yang tergendala semalam. Cari Ranu Kohyo, nama kilang ni sama dengan nama jalan Ranu Kohyo. So if guna waze terus tulis Ranu Kohyo (semalam kalut cari tak jumpa). Memang tak perasan sangat kilang ni, sebab dia macam shop lot biasa. Tak amik gambar kat kilang kerna berlaku krisis dalaman..hahaha

Then, teruskan perjalan ke Satun. Satun ni sempadan dengan Wang Kelian,perlis. Jarak Hat Yai ke Satun lebih kurang 1jam 30 minit. Kami sampai kat Pekan Satun dalam pukul 6 petang. Majoriti penduduk satun beragama islam , jadi tak susah dapat makanan halal. Check in kat Naris Phu View Resort . Resort ni cantik, tepi bendang n paling penting under bajet.  

Keadaan dalam chalet


Dinner : Udang goreng tepung + Masak lemak ayam (Putih) + Pancake pisang 




Lunch : THB 350
Beli gajus : Tak ingat 
Goreng Pisang : THB 30
Hotel : RM 92
Dinner : THB 350

Meh baca last part

0 comments :