Monday, June 1, 2015

KRABI : Bajet perjalanan dan Memori

Ni sambungan part 1 plan ke KRABI bersama teman2.
Dah cari tiket flight nak p sana, tips dapat tiket murah cam biasa lah..sila jadi burung hantu sampai dapat harga tiket yang menurut anda memuaskan hatidan berbaloi. Ni memang kerja hannie r, bab jadi burung hantu ni, dah dapat tiket ikut bajer bermula plak kerja call teman2 jam 1 pagi ni call teman2 untuk dapat detail..ini semua kerna mu KRABI..




Dah beli tiket , kita cari plak hotel untuk lepak sepanjang kat sana (kami lepak kata sana 6 hari 5 malam).. Cari hotel kat Agoda , so lepas survey n baca review kami pilih Aonang Smile Hotel..Sebab hotel bersih dekat dengan kawasan jualan barang, massage ka, makan2 n murah (percutian bajet kan) serta selesa.

Hari Pertama

Kami sampai dah malam dalam waktu magrib. Jadi lepas check in, rehat kejap, kuar cari makan sebab perut masing2 dah buat konsert. Kuar jer loby hotel terus ada kedai Thai Massage, ikut hati time 2 gak nak urut tapi perut lebey memerlukan perhatian. So teruskan misi cari kedai makan dulu, lepas limpas beberapa kedai baru jumpa kedai makan Halal. Malam first kami makan biasa2 jer, tom yam , nasi goreng . Dah siap makan kami cari pakej untuk xtvt sepanjang lepak kat sini. Bajet pakej ada kata bawah.

Hari Ke-2

Kami amik pakej Phi Phi island. Pakej ni dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 4 petang ( Kat sini waktu lewat 1 jam dari malaysia). Pagi2 cari breakfast susah sikit kat area hotel kami,  memang ada breakfast sekali pakej hotel tapi Non - Halal. Kena cari makan sendiri, jejalan masuk kedai serbaneka (macam 7E) kata sana ada jual makan frozen yang Halal, Kami beli nasi goreng n Nasi putih telur dadar untuk breakfast. Then lebey kurang pukul 9 van pakej Phi Phi Island sampai untuk amik kami ke Tempat berkumpul (tepi Pantai) . Kat sini Pakej include pengakutan amik n hantar dekat hotel penginapan memasing pastu siap lunch buffet n air minum sepanjang trip so x perlu risau ye teman2.

After few briefing kat tempat berkumpul, kami bergerak ke pulau kat bawah :
  1. Bamboo Island 
  2. Viking Cave 
  3. Lohsamah Bay
  4. PiLeh Bay 
  5. Maya Bay 
  6. Monkey beach 
  7. Phi Phi Don (Lunch Buffet)
  8. Hin Klarng (Snorkeling
Pukul 4 petang Van hantar balik ke Hotel kami. 
Jom tengok gambar masa ikut Phi Phi Island Pakej.....




























Hari ke-3

Hari ke-3 kami amik pakej Emarald Park (Hot spring , Emerald Pool n Blue Lagoon). Yang ni kami amik pakej separuh hari so xde lunch. Van datang amik kat hotel pukul 9 pagi then pukul 2 petang anta balik hotel.. Beli ais krim kelapa kat emerald park memang sedap dan murah.. Jangan banding dgn harga ais krim kelapa kat malaysia k, mmg jauh beza. 

Jom layan gambar kat bawah.





















Hari ke-4

Hari ni kami amik pakej Hong Island + 7 island + Sunset (Longtail Boat). Pakej ni start pukul 9 pagi sampai 8.30 malam. Macam biasa pepagi tunggu depan hotel sambil makan breakfast. Kul 9 pagi land rover datang amik kt depan hotel. Bawa p tempat berkumpul then gerak naik longtail boat. Naik longtail boat ni memang new experience utk ktrg, sbb sebelum ni dok naik speed boat jer.. Memang best, tapi pakaian memang basah ler naik boat ni, dh mcm mnd laut.. 
Pakej ni memang best antaranya tengok planton ke dalam laut. Bercahaya macam kelip2 dalam laut (macam tgk life of pie feling ny) , lagi dinner sambil tengok matahari terbenam.. 

Jom Layan gambar kat bawah..

Dalam Longtail Boat

























Poda Island

















Matahari berehat di Poda Island





Hari ke-5

Hari ni last day kami kat sini, so kami pilih untuk naik moto pusing2 tempat kat sini.. Sewa 2 biji skuter (rm25 per day untuk 1 skuter). Skuter kat sini memang cantik2 n cute. Minyak memang mahal nak banding ngn minyak katmalysia, so sila bersyukur jadi orang malaysia k.. hahahhaa.. 









Hari ke-6

Naik Flight balik Malaysia Tanah Air Beta yang terchenta.. Check out kol 5.45pagi dari hotel, amik taxi dari hotel ke airport (rm60/taxi).. sekian perjalanan kami untuk kali ni..

Jom sambung layan gambar kat bawah..



Pancake Pisang n nutella 
(Ni mesti cuba masa p KRABI)

Traffic Light kat Bandar Krabi
(Dekat Pasar Malam)

Kedai Pancake paling di kehendaki di Aonang

Sesi Jadi Model di Tepi pantai

Chicken Green Curry


Green Curry with  rice


Thai Ice Tea
(Must Try, memang rasa lain dari kat mamak)

Kasut dan Pantai 


Tapak Sulaiman

Landak Laut

Gamat



Kat Bawah Bajet perjalanan untuk rujukkan:

Harga Flight (Air Asia ) ; rm333 (include makan n bagasi)
Harga Bilik ; Rm 120/night
Sewa Moto : rm25/day
Phi Phi island Pakej : rm100/person (include lunch+mineral water)
7 island + Hong island (Long Boat) : rm120/person ( Lunch + Dinner + mineral water)
Emerald Park+Blue Lagoon : rm75/persen (half day tour)



0 comments :