KRABI

NIKMATI KEHIDUPAN... LIVE YOUR LIFE

PULAU PANGKOR

KEHIDUPAN ADALAH SUATU PENGEMBARAAN.... LIFE IS A STORY

BRUNEI

JANGAN PERNAH BERHENTI BERMIMPI... LIFE IS NEVER EASY FOR THOSE WHO DREAM

DAMANSARA

REZEKI ITU MILIK ALLAH ... EVERY DROP OF WATER IS A BLESSING OF ALLAH

CAMERON HIGHLAND

UKWAH ITU INDAH.. IF YOU LOOKING FOR A FRIEND WHO IS FAULTLESS, YOU WILL BE FRIENDLESS

Tuesday, June 23, 2015

Selamat Berpuasa







hai semua..
hari ni dah hari ke enam (23 june 2015) umat islam berpuasa..

macam mana puasa korang kali ni?

okay?

di kala baru enam hari puasa ni..hannie dan shinchan takdela jalan2 cari makan sangat..
kami berbuka biasa dan cuba memperbanyakkan ibadat..

mungkin blog ni akan menyepi la sebentar memandangkan kekangan talian internet di rumah baru kami..
juga kekangan masa..

di lain kali kami update lagi ye..

assalamualaikum semua..

selamat berpuasa dan menunaikan ibadat :)

-HanniE-

Wednesday, June 3, 2015

Pantai Saujana , Port Dickson

Bangun pagi, tetiba rasa bosan tak da buat apa kat rumah,then amik kunci keta gerak je ke mana yang boleh. Dalan perjalanan baru pikiq nak p lepak relax kat mana, dok pikir nak lepak pantai tapi bajet ciput plus time pun xbanyak so kena pikir pantai yang cantik tenang dekat (boleh balik hari, jimat cos penginapan).. last2 PD muncul dalam bayangan , so terus pecut ke PD ikut jalan kampung.

Sampai kat PD dalam pukul 3, pusing2 sampai kat Eagle Ranch Resort.. Cantik n unik resort dia. Tapi itu bukan tujuan asal perjalanan ni..hehehehehehe.. So jalan lagi p Pantai Saujana, cantiknya permandangan saujana mata memandang.. Bersih, sunyi n damai.


 Singgah minum n makan di Warung Simpang 3 , taman Intan
Cempedak Goreng 6 Ulas rm 1 (mana nak dapat kt KL)


Xtvt Mengejar wau sampai ke Pantai Saujana Port Dickson


 Mengimbau zaman kanak-kanak yang baru berlalu semalam 
sambil menikmati asi krim potong durian dan jagung

Dari Kaca Mata Sang Kaca Mata
Cermin mata cerminan hati
Kerna kita akan focus pada apa yang kita cari

Pasir , laut dan langit 

LED Watch 





Monday, June 1, 2015

Kuala Lumpur Big Kitchen Festival 2015

Jalan-jalan hujung minggu (walaupun kena kerja ari sabtu) so time rehat g jejalan dekat Kuala Lumpur Big Kitchen di Dataran Merdeka. Memang happening kat sini, walau pun padang sedikit basah akibat hujan malam sebelumnya tapi pengunjung tetap ramai. 


Sebenarnya plan hari sabtu nak p food mega festival dekat shah alam tapi memandangkan kena kerja hari sabtu so kita p event yg dekat2 dengan tempat mencari rezki yo lah..

Kami p big kitchen ni lebey kurang pukul 12 tgh ari, then parking keta dekat dataran underground (lokasi belakang dataran merdeka ) rm6/entry (xtau ler kalau harga ni sokmo atau just time event)

Big Kitchen Festival ni memang best untuk pengemar makanan di malysia, dari makanan pasar malam, manisan moden , manisan tradisional , makanan kenegerian hingga ke masakan chef2 selebriti semua ada.

Sesampai jer kat event ni terus masuk khemah Manisan,nak tau kenapa masuk tempat manisan dulu ? sebabnya kan tengah hari panas, nampak orang dok kuar khemah 2 bawa ais krim, haih mana tahan beb.. terus r masuk cari aiskrim walaupun hakikatnya beli benda lain..hehhe.. 

Depan Khemah Manisan

Beli Bengka ubi 
(bengkang Ubi orang kedah panggil)

Minum Susu Segar Berperisa Soberi
(Botol Susu kat tangan Hannie so sila zoom ye)


Lepas jejalan kat bahagian manisan , g singgah bahagian manisan tradisional malaysia. Ada peknga Pisang (lempeng pisang) , beraneka bubur , ais kacang, cendol, wajik dan banyak lagi, nak sebut pundah tak ingat. Pas 2 p kata gerai2 makanan yang selalu ada kat pasar malam . Ada satay, kepak ayam madu, mee udang, nasi kukus ayam apa lagi r?? banyak r tapi xbeli apa2 kat sini sebab kat sebelah sana ada khemah jualan makanan negeri seluruh malaysia dari perlis sampai ke sabah..

Memula g kedai KEDAH negeri ku indah permai yang penduduk nya ramah dan mesra..hehehe..
Depa jual Laksa kedah, rasa not bad tapi aku rasa kalau depa jual nasi daging atau laksa kuah lemah lebey menarik sebab susah nak dapat 2 jenis makanan kedah ni kat KL. Apa pun hope next time depa leh tukaq menu yang lebey menarik. 

Sebelah gerai kedah, gerai Pulau Pinang. Menu biasa adalah laksa penang tapi menu yang jarang dapat kt KL adalah nasi lamuni n roti benggali cicah sup kambing. Kami jejalan sampai kat gerai Sarawak , kat sini memang wajib benti n beli sebab ada mee kolok n laksa sarawak. Dua menu yang susah jumpa yang enak kat semenanjung (kalau korang ada kedai yang jual menu ni kt KL yang enak, kongsi k). Lain2 gerai perlis,pahang (masa kami sampai xbukak lagi), terengganu (sata, kepok leko,nasi dagang) , melaka (baba nyonya food) , sabah (umai n nasi kuning berlauk) ,perak (rendang tok, pulut ) , Johor (beriani kambing) dan lain2 negeri.

Okay jom layan gambaq kat bawah.. semoga jumpa lagi next post... insyaallah..daaa


Nyonya Curry Laksa


Beli Laksa 

Lepak makan-makan


Nasi Lamuni
(Pulau Pinang)

Nasi Lamuni n Roti Benggali dengan Sup Kambing


Antara gerai yang menjual makanan negeri masing-masing 


Apa lagi pulun makan laksa kedah

Persembahan muzik lagu-lagu rakyat
 
Mee Kolok sigek.. Nyaman gila


Laksa Sarawak






KRABI : Bajet perjalanan dan Memori

Ni sambungan part 1 plan ke KRABI bersama teman2.
Dah cari tiket flight nak p sana, tips dapat tiket murah cam biasa lah..sila jadi burung hantu sampai dapat harga tiket yang menurut anda memuaskan hatidan berbaloi. Ni memang kerja hannie r, bab jadi burung hantu ni, dah dapat tiket ikut bajer bermula plak kerja call teman2 jam 1 pagi ni call teman2 untuk dapat detail..ini semua kerna mu KRABI..




Dah beli tiket , kita cari plak hotel untuk lepak sepanjang kat sana (kami lepak kata sana 6 hari 5 malam).. Cari hotel kat Agoda , so lepas survey n baca review kami pilih Aonang Smile Hotel..Sebab hotel bersih dekat dengan kawasan jualan barang, massage ka, makan2 n murah (percutian bajet kan) serta selesa.

Hari Pertama

Kami sampai dah malam dalam waktu magrib. Jadi lepas check in, rehat kejap, kuar cari makan sebab perut masing2 dah buat konsert. Kuar jer loby hotel terus ada kedai Thai Massage, ikut hati time 2 gak nak urut tapi perut lebey memerlukan perhatian. So teruskan misi cari kedai makan dulu, lepas limpas beberapa kedai baru jumpa kedai makan Halal. Malam first kami makan biasa2 jer, tom yam , nasi goreng . Dah siap makan kami cari pakej untuk xtvt sepanjang lepak kat sini. Bajet pakej ada kata bawah.

Hari Ke-2

Kami amik pakej Phi Phi island. Pakej ni dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 4 petang ( Kat sini waktu lewat 1 jam dari malaysia). Pagi2 cari breakfast susah sikit kat area hotel kami,  memang ada breakfast sekali pakej hotel tapi Non - Halal. Kena cari makan sendiri, jejalan masuk kedai serbaneka (macam 7E) kata sana ada jual makan frozen yang Halal, Kami beli nasi goreng n Nasi putih telur dadar untuk breakfast. Then lebey kurang pukul 9 van pakej Phi Phi Island sampai untuk amik kami ke Tempat berkumpul (tepi Pantai) . Kat sini Pakej include pengakutan amik n hantar dekat hotel penginapan memasing pastu siap lunch buffet n air minum sepanjang trip so x perlu risau ye teman2.

After few briefing kat tempat berkumpul, kami bergerak ke pulau kat bawah :
  1. Bamboo Island 
  2. Viking Cave 
  3. Lohsamah Bay
  4. PiLeh Bay 
  5. Maya Bay 
  6. Monkey beach 
  7. Phi Phi Don (Lunch Buffet)
  8. Hin Klarng (Snorkeling
Pukul 4 petang Van hantar balik ke Hotel kami. 
Jom tengok gambar masa ikut Phi Phi Island Pakej.....




























Hari ke-3

Hari ke-3 kami amik pakej Emarald Park (Hot spring , Emerald Pool n Blue Lagoon). Yang ni kami amik pakej separuh hari so xde lunch. Van datang amik kat hotel pukul 9 pagi then pukul 2 petang anta balik hotel.. Beli ais krim kelapa kat emerald park memang sedap dan murah.. Jangan banding dgn harga ais krim kelapa kat malaysia k, mmg jauh beza. 

Jom layan gambar kat bawah.





















Hari ke-4

Hari ni kami amik pakej Hong Island + 7 island + Sunset (Longtail Boat). Pakej ni start pukul 9 pagi sampai 8.30 malam. Macam biasa pepagi tunggu depan hotel sambil makan breakfast. Kul 9 pagi land rover datang amik kt depan hotel. Bawa p tempat berkumpul then gerak naik longtail boat. Naik longtail boat ni memang new experience utk ktrg, sbb sebelum ni dok naik speed boat jer.. Memang best, tapi pakaian memang basah ler naik boat ni, dh mcm mnd laut.. 
Pakej ni memang best antaranya tengok planton ke dalam laut. Bercahaya macam kelip2 dalam laut (macam tgk life of pie feling ny) , lagi dinner sambil tengok matahari terbenam.. 

Jom Layan gambar kat bawah..

Dalam Longtail Boat

























Poda Island

















Matahari berehat di Poda Island





Hari ke-5

Hari ni last day kami kat sini, so kami pilih untuk naik moto pusing2 tempat kat sini.. Sewa 2 biji skuter (rm25 per day untuk 1 skuter). Skuter kat sini memang cantik2 n cute. Minyak memang mahal nak banding ngn minyak katmalysia, so sila bersyukur jadi orang malaysia k.. hahahhaa.. 









Hari ke-6

Naik Flight balik Malaysia Tanah Air Beta yang terchenta.. Check out kol 5.45pagi dari hotel, amik taxi dari hotel ke airport (rm60/taxi).. sekian perjalanan kami untuk kali ni..

Jom sambung layan gambar kat bawah..



Pancake Pisang n nutella 
(Ni mesti cuba masa p KRABI)

Traffic Light kat Bandar Krabi
(Dekat Pasar Malam)

Kedai Pancake paling di kehendaki di Aonang

Sesi Jadi Model di Tepi pantai

Chicken Green Curry


Green Curry with  rice


Thai Ice Tea
(Must Try, memang rasa lain dari kat mamak)

Kasut dan Pantai 


Tapak Sulaiman

Landak Laut

Gamat



Kat Bawah Bajet perjalanan untuk rujukkan:

Harga Flight (Air Asia ) ; rm333 (include makan n bagasi)
Harga Bilik ; Rm 120/night
Sewa Moto : rm25/day
Phi Phi island Pakej : rm100/person (include lunch+mineral water)
7 island + Hong island (Long Boat) : rm120/person ( Lunch + Dinner + mineral water)
Emerald Park+Blue Lagoon : rm75/persen (half day tour)