Sunday, April 26, 2015

Cameron Highlands

Percutian yang tak dirancang memang menarikkan. Pernah tak teman2 terpikiq bangun pagi + kemas brg then terus gerak ikut arah angin bertiup..

Ini yang kami buat masa cuti merdeka tahun lepas (31 ogos 2014). Memang tak rancang sangat nak p jejalan kat Cameron Highlands time ni. Bangun pagi terus siap2 pakaian lebey kurang then gerak p cameron. Pejalanan lebey kurang 2 @ 3 jam (ikut kelajuan angin sepoi2 bahasa je permanduan), sampai cameron langkah pertama singgah minum teh tarik n tiramisu cake kt ladang BOH, dapnya minum teh kat sini macam kat bawah takda teh kn..hehehehe..

Then terus perjalanan ke Brinchang, p makan tengah ari kat medan selera Brinchang. Lepas makan baru cari hotel, memula call je hotel2 yang jumpa kat tenet tapi semua dah penuh.. Maka bermulalah pencarian jalan kaki dari satu hotel ke satu hotel tapi malang memang tak berbau sebab semua hotel yang kami p dah penuh dari yang berbintang hingga yang tak kelihatan bintang..

Akhirnya kata putus sebulat suara diambil , kami tidoq dalam kereta ja malam ni. So cari paking yang cantik n selamat (dipikir selamat ) untuk park kereta, kami parking depan hotel n ada kedai makan sebelah hotel dekat Brinchang. Lepas parking p pasar malam n cari steamboat enak untuk isi perut sebelum beradu.

Keesokkan harinya, p breakfast dekat Rosa Pasadena.. Breakfast Buffet murah n sedap. RM15 sorang, menu: Nasi lemak, roti, mee/bihun/kewteow sup, bubuq,mee goreng, nasi goreng,buabuahan,desert,hot drink, & jus. Lepas isi perut kami chek out dari parking lot depan hotel then p Cameron Valley Tea House (minum Teh lagi).Time ni orang dah mula ramai naik cameron dari arah tapah. Kami lepak amik gambaq dekat ladang teh jap sambil cuci mata tengok permandangan yang hijau saujana mata memandang, terasa damai gila. Tapi kejap jer dapat kedamaian sebab orang makin ramai sampai kat situ. So ladang teh dah jadi studio foto yang besar dengan pelbagai ragam model bersama jurufoto masing2.

Lebey kurang pukul 12 tengah hari kami gerak dari Cameron.. Tak sabaq untuk next unexpected vacation lagi, kapan belum tau...


Melakar Memory Bersama
Model : Kami ; JuruFoto: Hannie ; Pembantu JuruFoto: MonoPod;


Keadaan Dalam Hotel Kami




0 comments :