KRABI

NIKMATI KEHIDUPAN... LIVE YOUR LIFE

PULAU PANGKOR

KEHIDUPAN ADALAH SUATU PENGEMBARAAN.... LIFE IS A STORY

BRUNEI

JANGAN PERNAH BERHENTI BERMIMPI... LIFE IS NEVER EASY FOR THOSE WHO DREAM

DAMANSARA

REZEKI ITU MILIK ALLAH ... EVERY DROP OF WATER IS A BLESSING OF ALLAH

CAMERON HIGHLAND

UKWAH ITU INDAH.. IF YOU LOOKING FOR A FRIEND WHO IS FAULTLESS, YOU WILL BE FRIENDLESS

Tuesday, December 19, 2017

Kuala Lumpur Ke Selatan Thailand..Part 6 (Satun-Danok)

Day 6 (30th Nov 2017)

11.30 check out.


Naris Phu View Resort
Berfoto kenangan sebelum check out 



Mari menuju ke Danok. Nak ke Danok dari Satun laluan sama macam nak ke Hat Yai. Kiri kanan kampung. Kat sini majority Islam tapi depa x pandai cakap melayu. Kami singgah makan kat warung tepi jalan. Makan nasi kerabu satun style. Ada sorang kakak n 2 orang nenek. Ramah nenek2 bedua ni tapi depa cakap Thai. Kami cuba paham apa yang depa Tanya @ bual. Time nak bayar lagi pening, xtau harga berapa. So aku bagi je 300Baht sebab dengar dia cakap săam, rupanya 130Baht ja.


Breakfast kat Satun 
Nasi kerabu + Nasi Campuq


Waze bagi jalan kampung, short cut kot ke Danok. Masuk kebun getah, kampung , paya last sekali kami lalu kat satu kampung n budak2 kat sini dok bawa pelampung. Nak p mandi sungai agaknya. Sekali 400m kedepan jalan terputus sebab banjir n budak2 tadi reramai p main ayaq kat tempat banjir. Aku tanya kat orang yang limpas, x leh lalu ke (cakap Bahasa melayu bersama body language) n dia jawap xleh lalu. Apa lagi kami buat u turn n cuba waze laluan lain. Ye r time ni memang kat jalan kampung n kiri kanan pokok getah. Patah balik n Alhamdulillah kami jumpa kereta Malaysia so follow kereta tu sebab logiknya dia mesti nak balik Malaysia (if dia nk tempat lain,nasib r..hehehe). Last sekali kami Nampak signboard “Padang Beza”, bagai cahaya lampu di malam gelap bila Nampak signboard ni. Kami melalui Padang Beza then sampai ke pekan Danok.

Pukul 3 sampai Danok.

Akhirnya sampai ke sempadan Malaysia – Thailand. Banyak kedai kat area sempadan ni tak macam masa kat Betong. Memula beli pulut mannga; besaq2 buah pelam kat sini. Pastu cari kedai pulut ayam + tom yam. Jumpa kedai makan tapi duit Baht dah kurang, xcukup nak bayaq makan. Mujur ada Pamoga money changer sebelah kedai makan, so p tukaq duit dulu. Sebenaqnya boleh guna RM kat kedai di danok tapi depa akan kenakan cas dlm rm3 per bil (ikut kedai), makanya terserah anda mau tuka apa ngak.








Pukul 4.15 Last check point Thailand.

Belatuq kat gate kastam untuk pulang ke negraku sehati sejiwa. Kat sini kena bagi passport untuk cop keluar n bagi Borang Kemasukkan Kenderaan yang kita isi masa bawa masuk kereta. Pegawai kastam Thai mintak borang apa ntah warna putih, seingat aku memang tak da isi pun borang putih (bukan ariival/departure form) masa kat Betong ari tu. Then dia soh bayar 30Baht sebab xda borang tu. Bayaq je r, dah nak balik Malaysia pn kan. Pastu drive masuk gate kastam Malaysia.

Alhmdulillah selesai perjalanan KL- Selatan Thailand.

Hanpa jalan lambat-lambat, nanti kena bayar OT kastam Thailand

Selamat Sampai

Kedah Hujan



Makan kat Satun : THB 130
Pulut Mangga Danok : THB 60
Makan kat Danok : THB 360
Mien Kam : THB 200 ( 6 Bungkus)
Mangga : TBH 200 (3 KG)

Maggie Serda : THB 150 (1 kotak)

Kuala Lumpur Ke Selatan Thailand..Part 5 (Hat Yai - Satun)

Day 5 (29th Nov 2017)

12.00 check out.

Gerak cari Salma Restaurant. Restaurant ni betul-betul dekat town Hat Yai, kitorang dah jumpa restaurant ni tapi parking x kosong. Ok kat tepi jalan ada petak parking tp bukan setiap hari boleh parking. Dekat area kedai salma ni, xleh park on even day from 7 am to 7 pm . Kebetulan time hari ni Rabu (even day = Isnin,Rabu,Jumaat (correct me if I’m wrong)); makanya kami park dalam mall near by Salma Restaurant. Masuk parking macam nak masuk check in kat airport. Memula first check point , guard mintak IC Malaysia, 2nd check point guard suruh buka bonet kereta, bila dah park nak masuk mall plak ada pemeriksaan bag kat pintu masuk mall. Then baru leh masuk mall. Park kat mall FOC.

Salma restaurant x jauh dari Mall (Lee Garden Plaza), sebelum sampai Salma Restaurant jumpa Hamid Restaurant. Ramai orang kat Salma so kami makan kat Hamid Restaurant.

Green Curry + Tomyam Seafood

Selesai Lunch, kami teruskan plan yang tergendala semalam. Cari Ranu Kohyo, nama kilang ni sama dengan nama jalan Ranu Kohyo. So if guna waze terus tulis Ranu Kohyo (semalam kalut cari tak jumpa). Memang tak perasan sangat kilang ni, sebab dia macam shop lot biasa. Tak amik gambar kat kilang kerna berlaku krisis dalaman..hahaha

Then, teruskan perjalan ke Satun. Satun ni sempadan dengan Wang Kelian,perlis. Jarak Hat Yai ke Satun lebih kurang 1jam 30 minit. Kami sampai kat Pekan Satun dalam pukul 6 petang. Majoriti penduduk satun beragama islam , jadi tak susah dapat makanan halal. Check in kat Naris Phu View Resort . Resort ni cantik, tepi bendang n paling penting under bajet.  

Keadaan dalam chalet


Dinner : Udang goreng tepung + Masak lemak ayam (Putih) + Pancake pisang 




Lunch : THB 350
Beli gajus : Tak ingat 
Goreng Pisang : THB 30
Hotel : RM 92
Dinner : THB 350

Meh baca last part

Kuala Lumpur Ke Selatan Thailand..Part 4 (Songkhla/Hat Yai)

Day 4 (28th Nov 2017)

10.00 Check out.


The Luxury Residence
Bermemori sebelum check out



Jejalan sekitar songkhla. Memula pergi Tang Kuan Hill, bukit ni macam naik Bukit Bendera kat Penang. Banyak monyet atas ni. Jinak monyet dia tapi xda plak datang bertegur sapa mintak barang kat kami..Haha.. Dari atas ni boleh Nampak Bandar Songkhla, Tasik Songkhla, Pantai Samila. Cantik view kat dari atas. Naik atas guna Lift, tapi lift ni dia gerak senget bukan tegak macam lift kt building biasa.

Harga untuk naik Tang Kuan Hill

Bawa anak-anak tunjuk kat kaunter tiket ye ibu-ibu sekalian



Pemandangan atas Tang Kuan Hill. 



Yang warna biru kat bawah Stadium Songkhla

Nampaknya kami berdua je yang ada kat sini.

Dap baq hang

 Turun Tang Kuan, ada foto kenang kenangan depa amik sebelum masuk lift tadi (bayar okay bukan percuma). Kat tepi jalan jumpa mak cik jual ais krim kelapa, kena beli r kn. Makan kt sini baru ori.
Mari jejalan ke samila beach dengan harapan ingin ketemu sama adik manis Mermaid & incik Kepala Naga malangnya hujan turun mencurah2 so xdapat lepak pantai. Kami tukar plan untuk terus gerak ke Hat yai melalui Singhanakhon & Ko Yo. Untuk ke Singhanakhon dari sini kena menaiki feri; perjalanan dengan feri kurang lebih 20 minit. Kemudian dari Singkhanakhon ke Ko Yo kami naik jambatan merentasi Tasik Songkhla. Kat Ko Yo ada Patung Budha besaq gilak. The Reclining Buddha kat Wat Phranon Laem Pho, Ko Yo, Songkhla. Dari jambatan dah Nampak Patung Budha tengah baring mengiring, memang besaq ( Teringat plak Patung Budha Duduk kat kg Kalai,Kedah).

Lunch : Nasi Goreng Pataya + Nasi Pad Kapow



Pukul 3.10 ptg Sampai Station Cable Car, Hat Yai.

Nak sampai kat sini kena masuk ikut pintu Hat Yai Municipal Park bersebelahan dengan Hat Yai Ice Dome. Masuk  Hat Yai Municipal Park , terus ikut papan tanda Cable Car Station. Tempat ni atas bukit, so laluan ikut lereng bukit n sediki bersimpang. Sampai ja di sambut dengan Patung Budha besaq atau dikenali sebagai Phra Buddha Mongkol Maharaj (The Standing Buddha) kat tengah2 bukit. Malangnya Cable Car tak beroperasi due to bad weather. Kabus gila tebal, sampai x Nampak bawah. If naik cable car jadi perjalanan merentas kabus. So memandangkan dah naik atas bukit ni, kami lepak amik gambar n minum coffe kat café di cable car station.
Phra Buddha Mongkol Maharaj (The Standing Buddha)

Sedih baca memo ni

Harga tiket cable car


Dari Cable car station. Kabus tebal.


Minum & amik gambar je r, apo nak buek

Then terus perjalan cari kilang proses kacang gajus (Ranu Kohyo) tapi x jumpa plak so tukar plan p check in dulu. Check in kat Hatyai Green View Hotel, dekat area town. Lepas check in p jejalan kat Asean Night Bazaar.bazaar ni buka dari pukul 3 sampai 10.30 malam (Rabu sampai Ahad). Dekat je dengan Hotel kami.Sesampai je kat bazaar terus rambang mata.Tingkat bawah kedai jual pakaian, barangan electronic dan lain2. Tingkat atas food court. Hoi dari pulut ayam sampai ke sushi ada kat atas. Memang gila.

Tengah makan tetiba ada bunyi siren n semua org Thai berdiri; aku n hannie pelik “ dah awat pakat berdiri, nak kena kosongkan building ker?”.. Rupanya siren 2 tanda lagu kebangsaan Thai akan di mainkan. Dorang berdiri & stop urus niaga time lagu kebangsaan Thai berkumandang.

Setel makan kitorang turun tingkat bawah. Apo laie cuci mata sambil cuci poket.

Tingkat bawah





Makan time kat tingkat atas
maaf lapaq sampai lupa nak amik gambar gerai kat sini


Nampak tak, depa berdiri time lagu kebangsaan di mainkan




Kos/ 2 pax

Tang Kuan Hill : THB 60
Ais Krim kelapa : THB 35
Feri : THB 20
Hotel : THB 750
Minyak : THB 300
Lunch : THB 235
Dinner : THB 420

Baca Part 5