KRABI
NIKMATI KEHIDUPAN... LIVE YOUR LIFE
PULAU PANGKOR
KEHIDUPAN ADALAH SUATU PENGEMBARAAN.... LIFE IS A STORY
BRUNEI
JANGAN PERNAH BERHENTI BERMIMPI... LIFE IS NEVER EASY FOR THOSE WHO DREAM
DAMANSARA
REZEKI ITU MILIK ALLAH ... EVERY DROP OF WATER IS A BLESSING OF ALLAH
CAMERON HIGHLAND
UKWAH ITU INDAH.. IF YOU LOOKING FOR A FRIEND WHO IS FAULTLESS, YOU WILL BE FRIENDLESS
Tuesday, December 19, 2017
Kuala Lumpur Ke Selatan Thailand..Part 6 (Satun-Danok)
Day 6 (30th Nov 2017)
11.30 check out.
Naris Phu View Resort
Berfoto kenangan sebelum check out
Mari menuju ke Danok. Nak ke Danok dari Satun laluan sama macam nak ke
Hat Yai. Kiri kanan kampung. Kat sini majority Islam tapi depa x pandai cakap
melayu. Kami singgah makan kat warung tepi jalan. Makan nasi kerabu
satun style. Ada sorang kakak n 2 orang nenek. Ramah nenek2 bedua ni tapi depa
cakap Thai. Kami cuba paham apa yang depa Tanya @ bual. Time nak bayar lagi
pening, xtau harga berapa. So aku bagi je 300Baht sebab dengar dia cakap săam, rupanya 130Baht ja.
Breakfast kat Satun
Nasi kerabu + Nasi Campuq
Waze bagi jalan kampung, short cut kot ke Danok. Masuk kebun getah,
kampung , paya last sekali kami lalu kat satu kampung n budak2 kat sini dok
bawa pelampung. Nak p mandi sungai agaknya. Sekali 400m kedepan jalan terputus
sebab banjir n budak2 tadi reramai p main ayaq kat tempat banjir. Aku tanya kat
orang yang limpas, x leh lalu ke (cakap Bahasa melayu bersama body language) n
dia jawap xleh lalu. Apa lagi kami buat u turn n cuba waze laluan lain. Ye r
time ni memang kat jalan kampung n kiri kanan pokok getah. Patah balik n Alhamdulillah
kami jumpa kereta Malaysia so follow kereta tu sebab logiknya dia mesti nak
balik Malaysia (if dia nk tempat lain,nasib r..hehehe). Last sekali kami Nampak
signboard “Padang Beza”, bagai cahaya lampu di malam gelap bila Nampak
signboard ni. Kami melalui Padang Beza then sampai ke pekan Danok.
Pukul 3 sampai Danok.
Akhirnya sampai ke sempadan Malaysia – Thailand. Banyak kedai kat area
sempadan ni tak macam masa kat Betong. Memula beli pulut mannga; besaq2 buah
pelam kat sini. Pastu cari kedai pulut ayam + tom yam. Jumpa kedai makan tapi
duit Baht dah kurang, xcukup nak bayaq makan. Mujur ada Pamoga money changer
sebelah kedai makan, so p tukaq duit dulu. Sebenaqnya boleh guna RM kat kedai
di danok tapi depa akan kenakan cas dlm rm3 per bil (ikut kedai), makanya
terserah anda mau tuka apa ngak.
Pukul 4.15 Last check point Thailand.
Belatuq kat gate kastam untuk pulang ke negraku sehati sejiwa. Kat sini
kena bagi passport untuk cop keluar n bagi Borang Kemasukkan Kenderaan yang kita
isi masa bawa masuk kereta. Pegawai kastam Thai mintak borang apa ntah warna
putih, seingat aku memang tak da isi pun borang putih (bukan ariival/departure
form) masa kat Betong ari tu. Then dia soh bayar 30Baht sebab xda borang tu.
Bayaq je r, dah nak balik Malaysia pn kan. Pastu drive masuk gate kastam
Malaysia.
Alhmdulillah
selesai perjalanan KL- Selatan Thailand.
Hanpa jalan lambat-lambat, nanti kena bayar OT kastam Thailand
Selamat Sampai
Kedah Hujan
Makan kat Satun : THB 130
Pulut Mangga Danok : THB 60
Makan kat Danok : THB 360
Mien Kam : THB 200 ( 6 Bungkus)
Mangga : TBH 200 (3 KG)
Maggie Serda : THB 150 (1 kotak)
Kuala Lumpur Ke Selatan Thailand..Part 5 (Hat Yai - Satun)
Day 5 (29th Nov 2017)
12.00 check out.
Gerak cari Salma Restaurant. Restaurant ni betul-betul dekat town Hat
Yai, kitorang dah jumpa restaurant ni tapi parking x kosong. Ok kat tepi jalan
ada petak parking tp bukan setiap hari boleh parking. Dekat area kedai salma
ni, xleh park on even day from 7 am to 7 pm . Kebetulan time hari ni Rabu (even
day = Isnin,Rabu,Jumaat (correct me if I’m wrong)); makanya kami park dalam
mall near by Salma Restaurant. Masuk parking macam nak masuk check in kat
airport. Memula first check point , guard mintak IC Malaysia, 2nd
check point guard suruh buka bonet kereta, bila dah park nak masuk mall plak
ada pemeriksaan bag kat pintu masuk mall. Then baru leh masuk mall. Park kat
mall FOC.
Salma restaurant x jauh dari Mall (Lee Garden Plaza), sebelum sampai
Salma Restaurant jumpa Hamid Restaurant. Ramai orang kat Salma so kami makan
kat Hamid Restaurant.
Green Curry + Tomyam Seafood
Selesai Lunch, kami teruskan plan yang tergendala semalam. Cari Ranu Kohyo, nama kilang ni sama dengan nama jalan Ranu Kohyo. So if guna waze terus tulis Ranu Kohyo (semalam kalut cari tak jumpa). Memang tak perasan sangat kilang ni, sebab dia macam shop lot biasa. Tak amik gambar kat kilang kerna berlaku krisis dalaman..hahaha
Then, teruskan perjalan ke Satun. Satun ni sempadan dengan Wang Kelian,perlis. Jarak Hat Yai ke Satun lebih kurang 1jam 30 minit. Kami sampai kat Pekan Satun dalam pukul 6 petang. Majoriti penduduk satun beragama islam , jadi tak susah dapat makanan halal. Check in kat Naris Phu View Resort . Resort ni cantik, tepi bendang n paling penting under bajet.
Keadaan dalam chalet
Dinner : Udang goreng tepung + Masak lemak ayam (Putih) + Pancake pisang
Lunch : THB 350
Beli gajus : Tak ingat
Beli gajus : Tak ingat
Goreng Pisang : THB 30
Hotel : RM 92
Dinner : THB 350
Meh baca last part
Kuala Lumpur Ke Selatan Thailand..Part 4 (Songkhla/Hat Yai)
Day 4 (28th Nov 2017)
10.00 Check out.
The Luxury Residence.
Bermemori sebelum check out
Jejalan
sekitar songkhla. Memula pergi Tang Kuan Hill, bukit ni macam naik Bukit
Bendera kat Penang. Banyak monyet atas ni. Jinak monyet dia tapi xda plak
datang bertegur sapa mintak barang kat kami..Haha.. Dari atas ni boleh Nampak
Bandar Songkhla, Tasik Songkhla, Pantai Samila. Cantik view kat dari atas. Naik
atas guna Lift, tapi lift ni dia gerak senget bukan tegak macam lift kt
building biasa.
Harga untuk naik Tang Kuan Hill
Bawa anak-anak tunjuk kat kaunter tiket ye ibu-ibu sekalian
Pemandangan atas Tang Kuan Hill.
Yang warna biru kat bawah Stadium Songkhla
Nampaknya kami berdua je yang ada kat sini.
Dap baq hang
Mari
jejalan ke samila beach dengan harapan ingin ketemu sama adik manis Mermaid &
incik Kepala Naga malangnya hujan turun mencurah2 so xdapat lepak pantai. Kami
tukar plan untuk terus gerak ke Hat yai melalui Singhanakhon
& Ko Yo. Untuk ke Singhanakhon dari sini kena menaiki feri; perjalanan
dengan feri kurang lebih 20 minit. Kemudian dari Singkhanakhon ke Ko Yo kami
naik jambatan merentasi Tasik Songkhla. Kat Ko Yo ada Patung Budha besaq gilak.
The Reclining Buddha kat Wat Phranon Laem Pho, Ko Yo, Songkhla. Dari jambatan
dah Nampak Patung Budha tengah baring mengiring, memang besaq ( Teringat plak
Patung Budha Duduk kat kg Kalai,Kedah).
Lunch : Nasi Goreng Pataya + Nasi Pad Kapow
Pukul 3.10 ptg Sampai Station Cable Car, Hat Yai.
Nak sampai kat sini kena masuk ikut pintu Hat Yai Municipal Park
bersebelahan dengan Hat Yai Ice Dome. Masuk Hat Yai Municipal Park , terus ikut papan
tanda Cable Car Station. Tempat ni atas bukit, so laluan ikut lereng bukit n
sediki bersimpang. Sampai ja di sambut dengan Patung Budha besaq atau dikenali
sebagai Phra Buddha Mongkol Maharaj (The Standing Buddha) kat tengah2 bukit.
Malangnya Cable Car tak beroperasi due to bad weather. Kabus gila tebal, sampai
x Nampak bawah. If naik cable car jadi perjalanan merentas kabus. So
memandangkan dah naik atas bukit ni, kami lepak amik gambar n minum coffe kat
café di cable car station.
Phra Buddha Mongkol Maharaj (The Standing Buddha)
Sedih baca memo ni
Harga tiket cable car
Dari Cable car station. Kabus tebal.
Minum & amik gambar je r, apo nak buek
Then terus perjalan cari kilang proses kacang gajus (Ranu Kohyo) tapi x jumpa plak so
tukar plan p check in dulu. Check in kat Hatyai Green View Hotel, dekat area
town. Lepas check in p jejalan kat Asean Night Bazaar.bazaar ni buka dari pukul
3 sampai 10.30 malam (Rabu sampai Ahad). Dekat je dengan Hotel kami.Sesampai je
kat bazaar terus rambang mata.Tingkat bawah kedai jual pakaian, barangan
electronic dan lain2. Tingkat atas food court. Hoi dari pulut ayam sampai ke
sushi ada kat atas. Memang gila.
Tengah makan tetiba ada bunyi siren n semua org Thai berdiri; aku n
hannie pelik “ dah awat pakat berdiri, nak kena kosongkan building ker?”..
Rupanya siren 2 tanda lagu kebangsaan Thai akan di mainkan. Dorang berdiri
& stop urus niaga time lagu kebangsaan Thai berkumandang.
Setel makan kitorang turun tingkat bawah. Apo laie cuci mata sambil cuci
poket.
Tingkat bawah
Makan time kat tingkat atas
Nampak tak, depa berdiri time lagu kebangsaan di mainkan
Kos/ 2 pax
Tang Kuan
Hill : THB 60
Ais Krim
kelapa : THB 35
Feri : THB
20
Hotel :
THB 750
Minyak :
THB 300
Lunch :
THB 235




















































