KRABI

NIKMATI KEHIDUPAN... LIVE YOUR LIFE

PULAU PANGKOR

KEHIDUPAN ADALAH SUATU PENGEMBARAAN.... LIFE IS A STORY

BRUNEI

JANGAN PERNAH BERHENTI BERMIMPI... LIFE IS NEVER EASY FOR THOSE WHO DREAM

DAMANSARA

REZEKI ITU MILIK ALLAH ... EVERY DROP OF WATER IS A BLESSING OF ALLAH

CAMERON HIGHLAND

UKWAH ITU INDAH.. IF YOU LOOKING FOR A FRIEND WHO IS FAULTLESS, YOU WILL BE FRIENDLESS

Friday, July 17, 2015

RAYA 2015 TANPA ANGPAU RAYA

Duit raya dan syawal bagaikan kembaq yang tak dapat dipisahkan.
Bulan ramdhan ramai pakat tukaq duit kecik untuk persediaan hari raya.
Kami pun sama gak tahun2 sebelum ni pun sibuk gak tukaq duit untuk bagi duit raya.

Tahun ni kami tak sediakan AngPau raya, sebab kegawatan ekonomi dan hal2 lain..hehehe..
Amboi teruk betoi kesan GST terhadap ekonomi raya tahun ni...

Ok just kidding, kami tak da Angpau (sampul raya) sebab tahun tak tukaq duit kertas tapi kami tukaq duit syiling 50cen, so tahun ni adik2 akan dapat duit syiling, sedikit berat dari duit kertas yang biasa dapat.

Kenapa nak bg syiling tahun ni? Sebabnya tetiba tahun ni teringat kenangan masa kanak2 dulu time raya kita dapat syiling duit raya, berat poket baju jejalan kutip duit raya. Tapi seronok balik rumah kira duit raya sapa lagi banyak.  So kami pun decide untuk bagi syiling ja tahun ni.

Kami pun tak sedia sampul raya tahun ni tapi beli uncang (uncang macam kenduri punya goddies bag). Ikut perancangan nak bagi semua duit raya time ramadhan sebab kan bulan ramadhan digalakan bersedakah,so berjaya juga bagi sedikit duit raya time ramadhan sebab tukaq duit lambat. Azam tahun depan nak tukaq duit awai n bagi duit raya awai.

Jom layan sikit duit syiling n uncang raya tahun ni.



Duit Syiling 5 Kupang 



Syiling yang dah isi dalam Uncang



Thursday, July 16, 2015

Salam Akhir Ramadhan

Salam Akhir Ramadhan semua.

Hari ni hari last ramdhan,jalan-jalan di kampung dah bertukar sibuk. Nak kuaq p beli barang pun xselesa sebab kuaq ja jalan besaq kereta dah bersusun atas jalan, ketenangan jalan raya di kampung terganggu tapi keriangan mak abah dan keluarga amat jelas kelihatan.

Pagi ni ikut mak abah p cari kaki lembu nk buat sup untuk buka posa petang ni. Punya ramai orang jual daging tempatan tapi yang membeli pun tak kalah. Sesampai kat kedai daging nak beli kaki lembu tapi kaki lembu semua orang dah book awai2, pantas betoi orang kampung aku ni.

Ok abah beli tulang buat sup n daging untuk buat gulai daging cicah ngn lemang. Oh sedap bangat,belum rasa dah tau..hehehe...

Ok teman-teman semoga ketemu lagi dengan Ustaz Ramadhan tahun depan..
Selamat Datang Incik Syawal..

Buat Teman-teman yang diperantauan pulanglah beraya bersama keluarga, jangan biarkan kesibukkan kerja menjadi alasan untuk membiarkan kesedihan n kerinduan bertamu dihati mak dan abah.. Mereka mungkin pernah salah,tapi bukan alasan untuk kita terus melihat kesalahan mereka...
Syurga Kita anak-anak ada bersama mereka..

ok daaa....

=Shinchan-

RAMADHAN 2015 : BALIK KAMPUNG

4 Julai :

Balik berbuka puasa di kampung. Kami balik kampung awal bulan julai baru ni naik air asia dari KLIA2 ke Airport Sultan Abdul Halim kat kedah indah permai. Memula nak balik naik kereta macam biasa tapi Hannie rajin plak cek tiket flight so dapat tiket murah rm63 return utk sorang , beli dah 2 bulan tiket ni. Memang murah la kalau naik keta dah rm300 return , belum campur lain2 perbelanjaan lagi k teman-teman.

Masa beli tiket dia tulis boarding kol 7.10 pagi so sempat la p lepas sahur dari rumah. Oh ya kami plan nak parking keta kat putrajay sentral sebab dekat, mudah dan murah. Parking fee kat sini rm2 siang (6am sampai 12am) , rm2 (1am sampai 5am). Kami parking 3 hari jadi rm12, murahkan teman2.

Ok berbalik pada boarding time kami, kami cek in web n masa dapat boarding pas dia tulis boarding kol 6.30pg. Adus cmne erl paling awai sampai kol 5.12 pg kt KLIA2. Setelah difikir n ditimabangkan beberapa perkara kami pun buat keputusan untuk berkampung di KLIA2 lebey awal, sekitar jam 11.30 kami dah sampai di Putrajaya Sentral. Beli tiket ERL rm6.20/person. ERL ada setiap 20 minit.

Naik ERL kol 11.45 n sampai KLIA2 20 minit kemudian. Sesampai di KLIA2 orang agak ramai, ada yang dah beradu beralaskan lantai yang dingin, beradu bersandarkan dinding tak kurang juga yang beradu dibangku2 kedai makan yang beroperasai 24jam disini.

Kami mencari port untuk lepak n mengisi perut. Setelah berlegar2 lebih kurang di level 1, akhirnya kami singgah di Bumbu Desa untuk mengisi perut. Lepak kat Bumbu Desa lebih kurang setengah jam, mata dah tak dapat bertahan lagi untuk terbuka. Dok pikir nak landing kat mana plak, port2 terselindung kt level 1 banyak yang dah berpenghuni, lebey2 lagi port yang ada soket.

Tergerak hati untuk melihat keadaan di surau level 1, kalau2 masih ada ruang untuk kami berdua. Sesampai di surau , alhamdulillah masing lengang kerna cuma terdapat 8 orang muslimah je yang berehat di surau. Kami terus menyertai berkampung dengan yan lain sampai waktu untuk berangkat.





Pukul 8.10 pg sampai di kedah


6 Julai : 

Balik KL hari isnin flight pukul 9. Bawa bekal berbuka puasa di parking airport dengan mak abah n adik.. 

Pastri Sardin made by mum

Ohsem Bihun Goreng

Kuih muih tradisional
(tepung bungkus, coq badak, Abuk2,Dangai)

Mak Abah terchenta



Monday, July 6, 2015

Selamat Hari Lahir Brother!!! Part 2

haaa...

hari tu dah cerita pasal kek yang ditempah oleh cik kekasih sheeqal kan..

mai sini nak cerita pasal kek yang ditempah oleh ibu pulak..

kek ni dibuat dengan penuh kasih sayang oleh kawan ayah dan ibu yang sama sama bekerja dengan dorang dulu..

first dulu ibu order red velvet masa birthday ibu tahun 2014.

masyaALLAH sedap tak terkira la nak kate..

so ibu pun order la rainbow cake with cream cheese frosting untuk bawa pergi office..sempena birthday dia juga..

so rentetan dari dua peristiwa ni..
ibu decided nak order rainbow cake with butter cream cheese frosting unruk birthday carl..
so kitorang makan kat Papa John KL Festival.

papa john ni kali kedua hannie dan shinchan datang makan..
kitorang agak suka la makan pizza kat sini..
hannie paling suka sup tomato dia..
pekat dan tak masam sangat..

so..jom layan gambar..

inside the rainbow cake

dari atas..Happy Birthday Carl..design ni inspired by wondermilk rainbow cake.

dari tepi

nampak tak muka gedik

beloved brother

rainbow cake

terliur bak hang tengok


wedges with cheese

Beef Pepperoni

Hawaiian Papa

-HanniE-

Sunday, July 5, 2015

Selamat Hari Lahir Brother!!! Part 1

okay okay okay.. entry ni macam lambat sangat ni..

tapi entry ni khas untuk adik ku yang tercinta. Carl..

22 April 2015 hari tu genap la si sheeqal ni berumur 25 tahun.

memang dah jadi cam ritual akan ada sambutan hari lahir kitorang satu keluarga walaupon kami dah besar n banyak dah dok jauh jauh..hehe..takla jauh mana..

so first sambutan tu cik kekasih hati si sheeqal ni bawa kek yang dia tempah sendiri..maklumat tentang kek ini adalah tidak diketahui...hahah..tak tanya pon dia..

pastu hari tu jugak..ibu menunjukkan skill memasak yang kitorang memang suka..
nasi minyak berlaukkan ayam masak merah..
perghh terbaik gua cakap lu...
gila sedap kot..
tengah menaip ni pon rasa terliur haa..adooiii...

entry ni xyah citer banyak..jom layan gambar...

inilah birthday cake dari cik kekasih hati si sheeqal..gambar ni dah rotate..tapi jadi camni gak..xtaula nape..

si birthday boy..

nampak tak..nampak tak..betapa gembira nya muka tu..ini semua poyo!!


dan ini home made nasi minyak+ayam masak merah..perghh..terliur la tengok gambar ni..



Saturday, July 4, 2015

Nasi Daging Non

haaaa..
mai mai mai sini..
cheq nak cerita kat hangpa ni..
kedai nasi daging kat KL ni..

heheh...buruk benar hannie cakap utara..

okay first..
rasa cam ramai orang tak tahu apa itu nasi daging..
nasi daging ni..
dia ada perencah dia sendiri nak masak dia..
pastu daging tu akan dimasak atau direbus sekali dengan nasi..
pastu setakat ni la..hannie dok makan ni dok cicak ngan air asam laa..

okay kedai yang selalu hannie dan of cource partner in crime shinchan berada di bandar sri damansara seksyen 7 kot..ha camne nak kasi jalan ek..tak reti..

tapi dekat la dengan courts mammoth yang ada siti nurhaliza datang masa grand opening dia hari tu.

nasi daging ni satu set hanya la berharga rm7..
minum dengan air sirap kenduri..
terbaik bak hang..

ha..nanti hannie suruh shinchan update di mana lokasi sebenarnya..

eh lagi satu..nasi daging ni hanya ada pada hari Ahad sahaja.

sekian.

haaa..inila rupa satu set nasi daging..sedap oooo

-HanniE-

Friday, July 3, 2015

Coffee Planet

hi hi hi..

sekarang ni musim panas kan..kalau minum ice coffee di kala cuaca panas ni..
adoiii..nikmat bak hang..

hari tu..hannie n shinchan punya la bosan weekend tu..
so amik kunci kereta...hidupkan enjin dan berjalan jalan la kami..
sedar tak sedar dah sampai kat mall baru kat jalan sultan ismail tu.. Quills Mall..

tu first time la kitorang menjejakkan kami di mall baru itu..

besar jugak la..
dah jalan jalan tu..tekak pon berasa haus..

jalan jalan la cari kedai coffee..
jalan punya jalan punya jalan..
ternampak la coffee planet ni..

kitorang first time tau pasal coffee planet ni..

bagi hannie sedap juga la..
tapi shinchan tak berapa suka katanya..
tapi takpe lain kali kita pergi cuba perisa lain plak..

coffee planet ni harga dia lebih affordable la..
lagipon ramai student student UNIKL main campus lepak sini..wat keje...
so harga tu mampu la kan..

so apa lagi..capai kunci kereta/motor dan carila coffee planet berhampiran anda di sini..ewaaahhh...

okay jom layan gambar.

Ice Blended Mocha...All time favourite hannie
Hot Hazelnut Latte..All time favourite shinchan

Brownies with Ice cream..ini memang sedap ye kanak kanak..

-HanniE-

Tuesday, June 23, 2015

Selamat Berpuasa







hai semua..
hari ni dah hari ke enam (23 june 2015) umat islam berpuasa..

macam mana puasa korang kali ni?

okay?

di kala baru enam hari puasa ni..hannie dan shinchan takdela jalan2 cari makan sangat..
kami berbuka biasa dan cuba memperbanyakkan ibadat..

mungkin blog ni akan menyepi la sebentar memandangkan kekangan talian internet di rumah baru kami..
juga kekangan masa..

di lain kali kami update lagi ye..

assalamualaikum semua..

selamat berpuasa dan menunaikan ibadat :)

-HanniE-

Wednesday, June 3, 2015

Pantai Saujana , Port Dickson

Bangun pagi, tetiba rasa bosan tak da buat apa kat rumah,then amik kunci keta gerak je ke mana yang boleh. Dalan perjalanan baru pikiq nak p lepak relax kat mana, dok pikir nak lepak pantai tapi bajet ciput plus time pun xbanyak so kena pikir pantai yang cantik tenang dekat (boleh balik hari, jimat cos penginapan).. last2 PD muncul dalam bayangan , so terus pecut ke PD ikut jalan kampung.

Sampai kat PD dalam pukul 3, pusing2 sampai kat Eagle Ranch Resort.. Cantik n unik resort dia. Tapi itu bukan tujuan asal perjalanan ni..hehehehehehe.. So jalan lagi p Pantai Saujana, cantiknya permandangan saujana mata memandang.. Bersih, sunyi n damai.


 Singgah minum n makan di Warung Simpang 3 , taman Intan
Cempedak Goreng 6 Ulas rm 1 (mana nak dapat kt KL)


Xtvt Mengejar wau sampai ke Pantai Saujana Port Dickson


 Mengimbau zaman kanak-kanak yang baru berlalu semalam 
sambil menikmati asi krim potong durian dan jagung

Dari Kaca Mata Sang Kaca Mata
Cermin mata cerminan hati
Kerna kita akan focus pada apa yang kita cari

Pasir , laut dan langit 

LED Watch 





Monday, June 1, 2015

Kuala Lumpur Big Kitchen Festival 2015

Jalan-jalan hujung minggu (walaupun kena kerja ari sabtu) so time rehat g jejalan dekat Kuala Lumpur Big Kitchen di Dataran Merdeka. Memang happening kat sini, walau pun padang sedikit basah akibat hujan malam sebelumnya tapi pengunjung tetap ramai. 


Sebenarnya plan hari sabtu nak p food mega festival dekat shah alam tapi memandangkan kena kerja hari sabtu so kita p event yg dekat2 dengan tempat mencari rezki yo lah..

Kami p big kitchen ni lebey kurang pukul 12 tgh ari, then parking keta dekat dataran underground (lokasi belakang dataran merdeka ) rm6/entry (xtau ler kalau harga ni sokmo atau just time event)

Big Kitchen Festival ni memang best untuk pengemar makanan di malysia, dari makanan pasar malam, manisan moden , manisan tradisional , makanan kenegerian hingga ke masakan chef2 selebriti semua ada.

Sesampai jer kat event ni terus masuk khemah Manisan,nak tau kenapa masuk tempat manisan dulu ? sebabnya kan tengah hari panas, nampak orang dok kuar khemah 2 bawa ais krim, haih mana tahan beb.. terus r masuk cari aiskrim walaupun hakikatnya beli benda lain..hehhe.. 

Depan Khemah Manisan

Beli Bengka ubi 
(bengkang Ubi orang kedah panggil)

Minum Susu Segar Berperisa Soberi
(Botol Susu kat tangan Hannie so sila zoom ye)


Lepas jejalan kat bahagian manisan , g singgah bahagian manisan tradisional malaysia. Ada peknga Pisang (lempeng pisang) , beraneka bubur , ais kacang, cendol, wajik dan banyak lagi, nak sebut pundah tak ingat. Pas 2 p kata gerai2 makanan yang selalu ada kat pasar malam . Ada satay, kepak ayam madu, mee udang, nasi kukus ayam apa lagi r?? banyak r tapi xbeli apa2 kat sini sebab kat sebelah sana ada khemah jualan makanan negeri seluruh malaysia dari perlis sampai ke sabah..

Memula g kedai KEDAH negeri ku indah permai yang penduduk nya ramah dan mesra..hehehe..
Depa jual Laksa kedah, rasa not bad tapi aku rasa kalau depa jual nasi daging atau laksa kuah lemah lebey menarik sebab susah nak dapat 2 jenis makanan kedah ni kat KL. Apa pun hope next time depa leh tukaq menu yang lebey menarik. 

Sebelah gerai kedah, gerai Pulau Pinang. Menu biasa adalah laksa penang tapi menu yang jarang dapat kt KL adalah nasi lamuni n roti benggali cicah sup kambing. Kami jejalan sampai kat gerai Sarawak , kat sini memang wajib benti n beli sebab ada mee kolok n laksa sarawak. Dua menu yang susah jumpa yang enak kat semenanjung (kalau korang ada kedai yang jual menu ni kt KL yang enak, kongsi k). Lain2 gerai perlis,pahang (masa kami sampai xbukak lagi), terengganu (sata, kepok leko,nasi dagang) , melaka (baba nyonya food) , sabah (umai n nasi kuning berlauk) ,perak (rendang tok, pulut ) , Johor (beriani kambing) dan lain2 negeri.

Okay jom layan gambaq kat bawah.. semoga jumpa lagi next post... insyaallah..daaa


Nyonya Curry Laksa


Beli Laksa 

Lepak makan-makan


Nasi Lamuni
(Pulau Pinang)

Nasi Lamuni n Roti Benggali dengan Sup Kambing


Antara gerai yang menjual makanan negeri masing-masing 


Apa lagi pulun makan laksa kedah

Persembahan muzik lagu-lagu rakyat
 
Mee Kolok sigek.. Nyaman gila


Laksa Sarawak